http://cuitsikit.blogspot.com/2007/07/umno-dan-siber-tutorial-kepada-azalina_10.html
Tuesday, July 10, 2007
UMNO dan Siber: Tutorial kepada Azalina (II)
Sebenarnya saya mahu meberhentikan sahaja tulisan mengenai UMNO & Siber: Tutorial kepada Azalina. Namun tulisan terbaru laman web yang diwujudkan oleh Azalina, KPMU.NET sungguh melucukan sehingga saya merasakan perlu menulis satu lagi artikel untuk Azalina. Dalam edisi pertama tulisan perang siber minggu lalu saya menyatakan secara tersirat bahawa bahawa perang siber UMNO yang dilakukan oleh Azalina akan gagal jika ia tidak berlandaskan kebenaran, fakta dan logik.Jenaka Dari Perang Siber UMNONamun sekali lagi apabila membaca artikel dalam KPMU yang bertajuk: PERANG SIBER-AZALINA DAPAT SOKONGAN,saya merasa sungguh lucu dan teruja mengapa UMNO nilai pemikiran penggerak UMNO sudah berada di tahap yang amat daif sekali.Mungkin kerana marah dengan catatan sejarah yang saya tulis dalam blog ini, penulis yang diupah oleh Azalina juga mahu menulis sejarah politik UMNO di siber ini. Lihat para pertama tulisan mereka:
Perang Siber mula wujud pada tahun 1999 dan kian berkembang apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar daripada parti UMNO. Pada ketika itu, Information Communication Technology (ICT) telah dikuasai oleh pembangkang dan pengaruhnya menjadi ancaman kepada UMNO kerana pihak pembangkang menyedari mereka mempunyai medium online sahaja untuk disampaikan kepada rakyat.Apakah kesalahan fakta di sini? Pertamanya, dikatakan perang siber (pastinya merujuk kepada perang suara politik dalam interent oleh UMNO dan pembangkang) bermula pada 1999. Ini kesalahan fakta yang serius. Ini kerana laman web ro Anwar muncul tidak sampai sebulan selepas Anwar dipecat. Manakala laman web pro UMNO muncul sekitar dua bulan selepas itu.Keduanya, dikatakan perang siber 1999 kian berkembang selepas Anwar keluar daripada parti UMNO. Apakah tahap pengetahuan penulis politik UMNO ini? Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan pada 2 September 1998 dan UMNO pada 3 September 1998. Tahun sudah salah. Fakta juga tidak tepat. Anwar keluar UMNO? Mungkin di Malaysia ini hanya penulis-penulis Azalina sahaja begitu buta sejarah.Para pertama sahaja sudah terkeluar begitu banyak kesalahan fakta dan mencerminkan betapa pemalasnya penulis-penulis Azalina untuk membuat sedikit kajian dan penyelidikan.Kita lihat pula para ke 5,
...pada tahun 2004, Tun Mahathir menggalakkan laman-laman web pro kerajaan dilahirkan sebanyak mungkin untuk menyaingi laman-laman web pembangkang yang menguasai ICT. Beliau sendiri menjadi penaung kepada KMU.net (sekarang dikenali sebagai mykmu.net) untuk menyaingi laman-laman web pembangkang.Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun, sekarang)telah mengambil inisiatif sejak 1998 lagi menerusi kumpulan yang saya katakan sebagai kumpulan Ibrahim Ali dan juga pembangunan laman web UMNO - www.umno.net.my dan UMNO.org.my(sekarang UMNO-online.com).Dr. Mahathir juga dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertemu dengan penggerak KMU pada tahun 2000. Justeru kita tertanya-tanya di mana tahun 2004 dijadikan fakta hujahan?Lebih daripada itu tahun 2004 Malaysia dan UMNO sudah diketuai oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Lihatlah begitu banyak kesilapan dan kesalahan fakta yang jelas tidak akan dilakukan oleh orang yang membaca atau mereka yang mengambil serius tanggungjawab yang diberikan.Kita lihat pula para tiga terakhir, "Bertepatan kini, Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini telah melantik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said untuk menjadi peneraju kepada unit `perang siber’. Penulis politik Azalina ini langsung tidak mengambil kira fakta yang dibangkitkan oleh ramai orang bahawa Abdullah Ahmad Badawi tidak menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang lepas. Bagaimana Pak Lah boleh melantik Azalina dalam mesyuarat MT?Para lain yang menyeronokan berbunyi begini:
Segala strategi yang diambil dan bakal dilaksanakan telah mendapat sokongan padu terutamanya daripada lebih kurang dua ratus ahli UMNO yang menghadiri Majlis Pertauliahan Jurulatih (PEWARIS) di Hotel Palm Garden Putrajaya semalam. Mati KatakApabila kita mahu berperang, kita akan mengatur strategi secara senyap, melakukan kejutan dan membuat serangan kilat bagi melemahkan lawan kita. Jika pada zamna dahulu kala baik kerajaan agung Melaka, mahu puin kerajaan Greek lama, perang diisytihar secara terbuka, namun panglima perang sudah lama siap siaga.Malangnya Azalina belum lagi menyiapkan panglimanya sudah mengisytiharkan perang. Terkontang-katinglah para bidak pucuk muda yang dipimpin oleh laksamana Do Re Mi untuk pergi berperang. Justeru kalau masuk laman web mereka KPMU.Net, kita boleh nilai dan hayati tulisan-tulisan tidak berfakta, bercorak menyerang peribadi dan sekadar memperlekehkan lawan.Seterusnya apabila mahu berlawan dengan musuh utama maka kita akan cuba mengurangkan musuh yang lain. Malangnya, budak-budak Azalina lebih sibuk untuk memburukkan KMU, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO daripada menumpukan usaha berhujah dengan pembangkang.Separuh masa ketua operasi perang siber Azalina dihabiskan dengan memburukkan ahli UMNO lain. Meletak cop orang itu sebagai orang Dr. Mahathir, si polan sana sebagai orang Mukhriz, dan si minah ini sebagai penyokong Tun. Lebih melucukan beberapa minggu lalu begitu kuat mereka mengutuk laman web Malaysia-Today sebagai tiada peminat dan tiada pembaca. Hari ini terhegeh-hegeh mereka menghantar url kepada Raja Petra mohon disiarkan. Bukankah lucu dan lawak sekali pejuang siber Azalina ini? Ramai rakan-rakan di PWTC merasa hairan dengan "budak Azalina" ini. Mereka ingin tahu apakah sebenarnya erti Perang Siber UMNO kepada Azalina dan kumpulannya? Mahu membantu UMNO atau memecah UMNO?Ramai yang terkeliru termasuk seorang pemimpin UMNO yang juga merupakan bekas orang kuat UMNO-Online ialah mengapa kumpulan Azalina ini tidak menumpukan sahaja usaha mempertahankan UMNO seperti yang UMNO-Online, KMU dan Pemuda UMNO buat sebelum ini?Pagi petang siang malam sibuk memburukkan ahli UMNO lain kepada UMNO Pusat, padanlah artikel di laman web tidak mencerminkan jumlah penulisnya yang kononnya berjumlah puluhan itu.Jadi sekarang ini, sudahlah tidak bersedia berdepan dengan pembangkang, budak-budak Azalina juga sibuk menambah musuh.Boleh berjayakah kumpulan Azalina ini? Hanya mimpi di siang hari.p/s: Jika Azalina tidak boleh mengawal budak-budaknya supaya jangan ganggu orang UMNO lain, maka tidak mustahil dalam bahagian tiga nanti penulis akan melondehkan apa yang perlu. Ingatlah sekarang ini dalam UMNO bukan sahaja orang bercakap. Dinding, pintu, lantai, bumbung, lampu dan kipas angin pun boleh bercakap.

Soldadu upahan anda tak reti buat homework......serkap jarang. Sorry to say but YOU SUCKS BIG TIME!!!
No comments:
Post a Comment